Selangor FC ketahui jadual

Selangor ketahui jadual liga dalam satu lagi musim zaman pandemik

Selangor FC ketahui jadual saingan Liga Super dan Liga Premier bagi musim 2022, setelah ia diumumkan oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) pada Rabu, 12 Januari. Dan dapat dilihat yang kempen liga musim ini akan menjadi satu lagi kempen yang sedikit sulit, lumrah bolasepak zaman pandemik Covid-19.

Kredit foto Selangor FC

Masalah-masalah utama yang dapat dilihat dalam jadual yang disusun adalah masalah lama, seperti jadual yang ada kalanya terlalu senggang di antara hari perlawanan, tetapi ada masa terlalu rapat pula. Di samping itu, ada sejumlah perlawanan dijadualkan di luar hujung minggu, yang tidak ideal bagi kutipan tiket kelab-kelab termasuk Selangor, bagi memberi laluan kepada aksi Piala FA yang kembali musim ini selepas tidak dijalankan pada 2021.

Ini bukan 100 peratus salah MFL kerana beberapa tempoh senggang ini adalah disebabkan keperluan kuarantin seminggu apabila masuk ke Malaysia yang ditetapkan kerajaan, yang turut terpakai ke atas pemain-pemain yang menyertai Liga Juara-juara AFC, Piala AFC dan perlawanan persahabatan Harimau Malaysia.

Tetapi apa yang dapat dipersoalkan adalah keputusan MFL menjadualkan aksi pusingan 32 dan 16 terakhir Piala FA pada hujung minggu, dan juga memulakan liga lambat, pada 4 Mac, sedangkan sebelum musim 2020 ia dimulakan pada hujung Januari atau awal Februari. Sudah pasti ini lebih memadatkan lagi jadual liga.

Namun ada penambahbaikan yang dibuat MFL, di antaranya keputusan menjadikan Piala Sumbangsih musim ini, di antara juara Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu, Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City, sebagai bukan lagi sebahagian dari aksi liga.

Dan lebih menarik adalah dilaporkan bahawa bagi musim ini, kelab-kelab Liga Malaysia di Semenanjung Malaysia dibenarkan memilih di antara dua waktu sepak mula, 8.15 malam atau 9 malam. Bagaimanapun bagi bulan Ramadan, hanya 10 malam dijadualkan. Bagi kelab-kelab di Malaysia Timur, masanya adalah 7.30 atau 8.15 malam, dan 9.15 malam semasa bulan puasa.

Sementara itu, bagi Liga Premier, dilihat yang hanya ada 10 pasukan bertanding, dengan Selangor 2 dilihat menjadikan Stadium UiTM Shah Alam sebagai laman sendiri walaupun ini dinyatakan sebagai ‘TDC’ atau belum disahkan.

Selangor FC ketahui jadual Liga Super 2022, dan ini adalah perlawanan-perlawanan mereka:

4 Mac KL City (A), 8 Mac Sri Pahang (H), 5 April Negeri Sembilan (A), 10 April KDA (H), 22 April Terengganu (A), 7 Mei Sabah (H), 10 Mei Melaka United (A), 18 Mei PJ City (H), 21 Mei Sarawak United (H), 24 Jun JDT (H), 16 Julai Penang (H), 20 Julai KL City (H), 27 Julai Sri Pahang (A), 31 Julai Negeri Sembilan (H), 10 Ogos KDA (A), 14 Ogos JDT (H), 17 Ogos Terengganu (H), 1 September Sabah (A), 6 September Melaka United (H), 9 September PJ City (A), 14 September Sarawak United (A), 17 September Penang (A).

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.