Selangor FC umum Hyuri Henrique

RASMI: Selangor umum Hyuri

Pasukan utama Gergasi Merah akhirnya melengkapkan kuota pemain-pemain asing mereka bagi musim 2022. Pada Sabtu, 29 Januari, Selangor FC umum Hyuri Henrique, 30 tahun sebagai seorang lagi penyerang mereka musim ini.

Kredit foto Pecbol Sport

Hyuri pada musim lalu beraksi untuk Clube de Regatas Brasil (CRB) dalam divisyen satu negeri Alagoas dan Serie B Brazil. Dia banyak beraksi di negara asalnya sepanjang kerjaya beliau, kecuali dua musim di China dan sejenak bersama Hatta Club dalam divisyen dua Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada penghujung tahun 2021.

Pada tahun 2021 dia beraksi dalam sejumlah 27 perlawanan buat CRB, dan menghasilkan tujuh gol secara keseluruhannya.

Menurut pengumuman kelab, selepas Selangor FC umum Hyuri dia terus bergegas ke Pahang menyertai latihan pra-musim pasukan sebaik tiba di Malaysia, dan dilihat menyarung jersi latihan bernombor 12 yang ditinggalkan bekas penyerang berbisa Gergasi Merah, Ifedayo Olusegun yang telah berpindah ke Melaka United.

Ketibaan Hyuri menyaksikan Selangor kini dianggotai dua penyerang Brazil musim ini, setelah turut menandatangani Herlison Caion dari divisyen dua Thailand.

Tiga orang lagi pemain-pemain asing Selangor musim ini adalah bintang Singapura Safuwan Baharudin yang dikekalkan dari musim lalu dan pasangan pasukan kebangsaan Jordan, Baha’ Abdel-Rahman dan Yazan Al-Arab. Dapat dilihat yang tanggungjawab musim ini disandarkan kepada negara Samba dan benua Asia, berbanding tenaga Eropah yang tidak menjadi musim lalu.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.