Selangor Joma lanjutkan kerjasama hingga 2023

Selangor, Joma teruskan kerjasama RM2.1 juta setahun

Kerjasama yang dimulai pada musim 2019 di antara Selangor, Joma akan disambung hingga musim 2023, menurut sebuah pengumuman yang dilakukan secara bersama pada Rabu, 23 September.

Kredit grafik Selangor FC

Menurut pengumuman ini, lanjutan kerjasama di antara Merah Kuning dan jenama sukan yang berasal dari Sepanyol ini berjumlah RM2.1 juta setahun, melingkupi “set jersi sepenuhnya untuk skuad Liga Super, skuad Liga Premier, skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, skuad futsal lelaki dan wanita termasuk set latihan.”

Malah ia juga turut melibatkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila pengadil-pengadil mereka akan turut mendapat “pakaian kasual perjalanan dan penajaan tunai kepada kelab.”

Pengerusi kelab, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin meluahkan rasa gembira terhadap lanjutan kerjasama ini, “Joma telah menjadi rakan strategik dan sebahagian daripada perjalanan kami sepanjang tiga tahun ini. Paling penting, Joma sentiasa meletakkan kepentingan penyokong Selangor sebagai keutamaan. Oleh itu, Beta amat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini sehingga musim 2023.”

Ketua pegawai eksekutif kelab, Johan Kamal Hamidon dipetik berkata: “Selangor FC amat berterima kasih kepada pihak Joma kerana telah bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini dengan Selangor dan kami yakin penyokong Gergasi Merah juga teruja dengan perkara ini.”

“Sejak tahun 2019, kelab sangat menghargai komitmen yang telah diberikan oleh Joma dan ia dapat dilihat dengan sambutan hangat yang diterima dari penyokong Gergasi Merah melalui penjualan jersi yang berjaya mencapai lebih 100,000 unit terjual dalam tiga musim lalu, serta maklumbalas positif yang disuarakan oleh pihak pengurusan dan para pemain Selangor.”

Baca juga: Kisah stadium Selangor yang hilang dalam Perang Dunia Kedua

David Wong, pengarah urusan Ganador Marketing Sdn. Bhd. yang juga pengedar tunggal jenama Joma di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand:

“Kami amat berbangga kerana terus diberi kepercayaan untuk menjadi rakan strategik pasukan Selangor yang mempunyai sejarah kejayaan yang hebat dalam industri sukan bola sepak di negara ini.”

“Kami juga percaya dengan misi dan visi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj termasuk pengurusan kini yang dinamik, dan melihat Selangor FC kini berada di landasan yang tepat untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni di Malaysia.”

Jersi-jersi Selangor keluaran Joma dilihat begitu menarik perhatian peminat sejak kedua-dua pihak ini bekerjasama mulai musim 2019. Bukan sahaja rekaan-rekaannya menepati citarasa dan bajet penyokong, malah ia dipadani juga dengan video-video kempen dan pelancaran ‘viral’ di laman-laman sosial. Lebih menarik lagi, jersi setiap musim akan turut dihasilkan dalam versi ‘player issue’ dan ‘fan issue’, di mana ‘fan issue’ dijual dengan harga mampu milik. Dan yang paling penting, Joma diketahui menawarkan pakej penajaan yang paling lumayan bagi tabung pasukan.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.