Syahmi Safari tinggalkan Selangor

Selangor tetap akan main bermati-matian, tegas Karsten

Ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel mahukan pasukannya mengekalkan rentak cemerlang mereka, menjelang pertemuan Selangor lwn PJ City pada Ahad, 12 September. Perlawanan pusingan akhir Liga Super 2021 ini menyaksikan pertemuan antara dua kelab ‘rakan serumah’ di Stadium MBPJ.

Kredit foto utama Malaysian Football League

Bagi Gergasi Merah, ini merupakan peluang terakhir mereka untuk merampas tempat keempat dari Terengganu FC, sekaligus membolehkan mereka diletakkan dalam balang pertama bagi undian Piala Malaysia. Bagi edisi tahun ini, tahun keseratus salah sebuah kejohanan bolasepak tertua di benua ini, juara akan dapat layak secara automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC musim depan. Kemenangan dalam perlawanan ini juga akan membawa rekod tanpa kalah berturut-turut mereka ke tujuh perlawanan.

Buat Sang Phoenix pula, mereka masih boleh naik ke tangga ketujuh liga, atau sekurang-kurangnya kekal di tempat kelapan, untuk diletakkan dalam balang kedua undian.

Mengulas mengenai perlawanan ini, Karsten menyatakan bahawa pasukannya hanya mengidamkan tiga mata penuh dari pertembungan Selangor lwn PJ City.

“Pasukan telah membuat persiapan yang rapi untuk menentang PJ City FC malam ini. Suasana pasukan juga berada dalam keadaan yang baik. Kita sudah bersedia. Apa yang pasti kita mengejar kemenangan dan mahukan pengakhiran terbaik untuk siangan Liga Super musim ini.

“Untuk perlawanan akhir ini, rahsianya adalah untuk bermain dengan bermati-matian. Kita perlu terus fokus dan berikan yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan bagi memudahkan perjalanan kita di Piala Malaysia 2021 yang akan bermula tidak lama lagi,” ujar pengendali yang berasal dari Jerman ini, seperti yang dipetik dari laman sesawang kelab.

Di samping usaha naik ke tangga keempat, penyerang Ifedayo Olusegun juga memiliki objektif peribadi. Selepas memecahkan rekod penjaring terbanyak semusim dalam perlawanan menentang Sabah FC minggu lalu, pemain yang telah menjaringkan 25 gol liga musim ini kini pasti mahu memenangi kasut emas. Pemain yang berasal dari Nigeria ini dipisahkan dua gol dari pencabar terdekat.

Baca juga: Preview: Selangor FC lwn PJ City FC

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.