Mukhairi Ajmal perjelas nombor

Ratings – Gergasi dikecewakan Kancil lagi

Pertembungan Selangor-Melaka memang sentiasa sukar dijangka, dan perlawanan terbaru membuktikan pendapat ini.

Khairulazhan Khalid – 6/10

Penjaga gol ini bermain baik sepanjang perlawanan malah turut melakukan satu ‘save’ baik dari peluang terhidang untuk pasukan pelawat, dan hanya tewas dengan satu cubaan yang terbias di saat-saat akhir perlawanan.

Syahmi Safari – 5/10

Pemain sayap kiri Melaka masih dapat mengancam sayap kanan Selangor di sebalik adanya pemain pertahanan kanan bertaraf pemain kebangsaan ini.

Ashmawi Yakin – 4/10

Satu kesilapan di separuh padang Melaka menyebabkan serangan pantas pasukan pelawat, dan pemain pertahanan tengah ini melakukan ‘last man foul’ yang sejujurnya tidak perlu pun, memandangkan perlawanan belum pun masuk 30 minit dan mereka sudah mendahului 1-0.

Safuwan Baharudin – 6/10

Pemain pertahanan tengah ini memimpin barisan dengan baik, biarpun terbolos juga di saat akhir.

Dinesh Rajasingam – 5/10

Menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding bertemu Perak FC minggu lepas, tetapi ia bukanlah satu komen yang baik jika dilihat semula betapa mengecewakan persembahan bek kiri ini minggu lalu.

Manuel Konrad – 4/10

Pemain pertahanan bertahan ini semakin dipersoalkan prestasinya. Bukan sahaja kesilapannya membawa kepada kad merah ke atas Ashmawi, tetapi sepanjang perlawanan dia dilihat gemar menghantar bola kembali ke Azhan seolah-olah kehabisan idea.

Oliver Buff – 6/10

‘CM’ ini tidak dapat mengulangi prestasi baiknya minggu lalu, bilamana terpaksa banyak membantu barisan pertahanan selepas kekurangan seorang pemain.

Hein Htet Aung – 7/10 (Pemain Selangor Terbaik)

Pemain serangan dari Myanmar ini dilihat lebih tajam berbanding minggu lalu dengan hantaran-hantaran yang baik, malahan dapat pula menjaringkan gol yang menunjukkan ketenangan beliau. Malang sekali, peluangnya untuk menyinar ditutup setelah Gergasi terpaksa bermain dengan 10 orang. Jika tidak kerana Hein, mungkin satu mata pun tak dapat dikutip.

Terengganu FC; Hein Htet Aung
Hein Htet Aung (kanan). Kredit foto Malaysian Football League

Baca juga: Pertembungan-pertembungan terhangat Selangor-Melaka United

Nor Hakim bin Hassan – NA

Belum sempat pemain sayap ini menunjukkan kebolehannya dalam pertembungan ini, dia terpaksa dikeluarkan oleh Karsten Neitzel setelah Mawi mendapat kad merah, bagi membolehkan pemain gantian Harith Haiqal mengisi kekosongan di barisan pertahanan. Dan dia kelihatan begitu bengang semasa dikeluarkan. Kami faham perasaan anda, Hakim!

Mukhairi Ajmal – 5/10

Pemain sayap ini gagal menggunakan peluang berada dalam kesebelasan utama, tidak dapat memegang bola dengan lama di padang lawan ataupun memotong hantaran-hantaran lawan.

Ifedayo Olusegun – 6/10

Malang buat penyerang prolifik ini, peluangnya untuk merampas semula tempat pertama carta penjaring tersekat disebabkan kad merah Mawi, walaupun dia masih dapat menyumbangkan satu bantuan gol. Namun begitu Ifedayo masih perlu bertanggungjawab ke atas ketumpulannya di hadapan gol, kerana dia masih ada memiliki peluang-peluang untuk memberikan pasukan tuan rumah gol tambahan.

Pemain-pemain gantian:

Harith Haiqal – 6/10

Penampilan keduanya dalam Liga Super, dan pemain pertahanan muda ini berkhidmat baik setelah dibawa masuk di penghujung separuh masa pertama.

A. Namathevan, Aliff Haiqal, Sean Selvaraj, Danial Asri – NA

Tidak dapat tempoh bermain yang cukup untuk melakukan impak, apatah lagi mereka hanya mendapat arahan untuk bertahan dalam perlawanan Selangor-Melaka ini.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.