Selangor-PJ City, Syahmi Safari

Ratings – Selangor diperbudakkan teman serumah

Pertembungan Selangor-PJ City dalam minggu ke-22 Liga Super menyaksikan anak-anak buah Karsten Neitzel dipaksa kembali turun berpijak di bumi yang nyata.

Kredit foto utama Malaysian Football League

Khairulazhan Khalid – 4/10

Malam mengecewakan buat penjaga gol bertaraf kebangsaan ini, gagal membawa impak lebih besar untuk menyelamatkan pasukan.

Namathevan Arunasalam – 5/10

Pemain ‘wingback’ kanan ini memberikan persembahan biasa-biasa sahaja, dengan hantaran-hantaran silangnya ‘ke laut’. Terpaksa dikeluarkan separuh jalan separuh masa kedua bagi digantikan dengan pemain lain.

Sharul Nazeem Zulpakar – 4/10

Pengajaran berharga buat ‘centreback’ muda ini kerana dia dan rakan-rakan sepasukan memandang rendah ancaman pasukan lawan.

Ashmawi Yakin – 4/10

Kepulangan selepas penggantungan yang buruk buat pemain pertahanan tengah ini. Kegagalannya menjaga pemain lawan semasa situasi bola mati menyebabkan gol pembukaan pasukan pelawat, dan dia kemudiannya menerima kad kuning sebaik sahaja lepas tempoh setengah jam. Mawi terus dikeluarkan pada waktu rehat.

Jordan Ayimbila – 4/10

Malam kemerosotan bagi pemain pertahanan tengah ini, bila mana pintu gol Selangor dibolos dua kali dan pasukan mendapat penalti yang gagal disudahkan

Syahmi Safari – 3/10

Entah apa yang dilakukan pemain pertahanan sayap kiri yang memegang lilitan kapten ini. Gagal mengawal bahagian sayap, gagal menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan, malahan dibuang padang akibat melakukan ‘last-man foul’.

Sarkunan Krishnansamy – 4/10

Seorang lagi pemain berprestasi yo-yo, apatah lagi dengan ketiadaan Oliver Buff. Pemain ‘CDM’ ini dilihat gugup dalam membantu pasukan mengawal bahagian tengah padang dan terus digantikan sebelum separuh masa kedua dimulakan.

Hein Htet Aung – 4/10

Pemain tengah serangan ini tenggelam dalam perlawanan ini, agaknya lemas dek pujian-pujian yang diterima kebelakangan ini.

Baca juga: M2M: Mulakan saja proses naturalisasi Htet Aung

Aliff Haiqal Lau – 4/10

Hanya mampu melakukan hantaran-hantaran ke belakang semula apabila mendapat bola dan gagal membantu barisan serangan secara berkesan.

Nor Hakim Hassan – 4/10

Pemain serangan ini dilihat tenggelam sepanjang perlawanan, dan sumbangannya begitu minima.

Ifedayo Olusegun – 5/10

Berjaya merangkul anugerah kasut emas buat tahun kedua berturut-turut dibantu pula gol sepakan penaltinya, tetapi tidak berjaya mengeluarkan kesaktiannya untuk membantu pasukan seperti dalam pertembungan sebelum ini. Selain dari jaringannya, segala yang dilakukan Dayo tak menjadi malam ini.

Pemain-pemain gantian:

Sean Selvaraj, Danial Asri – 4/10

Dimasukkan sebaik waktu rehat tamat, namun tahap keberkesanan mereka berdua tidak menyamai tahap kesungguhan mereka.

Wan Zack, R. Dinesh – NA

Pemain-pemain pertukaran lewat permainan yang tidak dapat memberi impak dalam perlawanan Selangor-PJ City.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.