Selangor rela lepaskan Nidzam Jamil

Selangor rela lepaskan Nidzam demi kerjayanya

Selepas timbul ura-ura Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memancing pembantu jurulatih pasukan utama Selangor FC, Nidzam Jamil, ejen beliau tampil menyatakan yang dia mahu kekal bersama Gergasi Merah. Namun menurut ketua pegawai eksekutif kelab Johan Kamal Hamidon, Selangor rela lepaskan Nidzam jika ia memenuhi syarat.

Kredit foto Felda United

FAM dilaporkan berminat melantik bekas pemain Selangor dan ketua jurulatih Felda United ini sebagai pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru dilantik, Kim Pan-gon dari Korea Selatan. Namun ejen Nidzam terlebih dahulu menyatakan yang dia mahu kekal di Selangor kerana baru saja dilantik selepas tamat musim 2021.

Bercakap kepada pemberita dalam majlis pelancaran jersi tempat lawan 2022 Selangor merangkap sambutan Hari Kesedaran Kanser Sedunia di Sunway Pyramid Convention Centre pada Jumaat, 4 Februari, Johan bagaimanapun menyatakan yang kelab sanggup melepaskan Nidzam andai ada tawaran rasmi dan ia membantu mengembangkan kerjaya pelatih berusia 41 tahun itu.

“Pertama sekali, pihak Selangor belum menerima sebarang permohonan rasmi dari FAM berkenaan Nidzam. Jadi kami perlu lihat apa tindakan dari FAM.

“Tapi bagi kami, kami selalu memberikan peluang untuk jurulatih-jurulatih dan pemain mengembangkan bakat mereka. Saya percaya samaada di Selangor atau FAM, Nidzam akan bekerja dengan baik, tapi kami percaya dia akan kekal kerana dia percayakan projek yang kami sedang bina dan juga tarikan dalam bentuk bimbingan Michael (ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner).

“Namun jika dia merasakan yang penggilan FAM adalah baik untuk kerjayanya, sudah tentu kami terbuka untuk berbincang mendapatkan cara terbaik bagi mengadakannya. Namun setakat ini masih belum ada komunikasi rasmi dan Nidzam merupakan ahli penting dalam usaha pasukan utama mencapai kejayaan musim ini,” jelas Johan yang menyatakan Selangor rela lepaskan Nidzam.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.