Selangor umumkan Syahir Bashah

Selangor umumkan penyertaan Syahir, mahu dia bertukar posisi

Gergasi Merah belum tamat menambah anggota baru dalam pasukan utama. Terbaru, pada Khamis 30 Disember, Selangor umumkan Syahir Bashah, pemain tengah dari Perak FC sebagai ‘tangkapan’ terbaru mereka.

Kredit foto Selangor FC

Kerjaya profesional Syahir yang berusia 20 tahun baru bermula, jika dilihat secara relatif. Dia dahulunya beraksi untuk PKNP FC (kemudiannya Perak II), namun mendapat perhatian untuk beraksi dengan pasukan utama Seladang bermula musim 2021.

Syahir dikatakan telah beraksi sebanyak 12 kali dengan pasukan utama Perak sepanjang musim 2021, dan aksinya semasa menentang Selangor turut menarik perhatian barisan kejurulatihan kelab, walaupun tidak berjaya membantu Perak mengelak turun divisyen buat kali pertama dalam sejarah Liga Super Malaysia.

Menurut pengarah sukan merangkap ketua jurulatih pasukan utama Michael Feichtenbeiner, dia didatangkan dengan peranan baru.

“Semasa liga sedang berjalan, Syahir telah mempamerkan aksi yang sangat menarik sepanjang perjalanannya bersama pasukan sebelum ini, terutama sekali semasa menentang Selangor dalam saingan Piala Malaysia musim lalu. Beliau boleh bermain pelbagai posisi di bahagian tengah tetapi Syahir di panggil ke Selangor adalah untuk beliau menumpukan fokusnya di posisi sayap.

“Saya yakin jika kita boleh bimbing pemain ini, beliau mampu memberi impak yang baik kepada pasukan terumanya di bahagian sayap. Saya percaya dia mempunyai kemahiran yang baik dan menarik untuk dipamerkan bersama pasukan,” jelas Michael.

Jangka masa kontrak Syahir tidak didedahkan.

Setelah Selangor umumkan Syahir Bashah, dia merupakan penyertaan pemain baru ketujuh Gergasi Merah bagi musim akan datang selepas Samuel Somerville, Yazan Al-Arab, Baha’ Abdelrahman, Zahril Zabri, Fazly Mazlan dan Herlison Caion baru-baru ini.

Namun Selangor dijangka belum lagi selesai menambah anggota baru. Contohnya, mereka masih ada satu slot pemain import yang boleh diisi, setelah pemain pertahanan tengah dari Jerman, Tim Heubach diumumkan menamatkan kontrak secara persetujuan bersama pada Rabu, 29 Disember

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.