Shahrel Fikri mahu nasib

Eky mahu nasib yang lebih baik selepas bertukar nombor

Persiapan pra-musim 2022 Selangor FC yang sedang berjalan telah menampilkan beberapa perubahan, antaranya adalah anggota pasukan dan juga nombor jersi. Salah seorang dari mereka, penyerang Shahrel Fikri mahu nasib yang lebih selepas melakukan pertukaran ini, seperti yang dijelaskan beliau kepada Kosmo.

Kredit foto Selangor FC

Musim 2021, musim pertama Shahrel dengan Selangor tidak dapat disifatkan sebagai nasib yang cemerlang buatnya.

Dalam saingan Liga Super beliau hanya dapat menjaringkan satu gol selepas 12 perlawanan, dan selepas itu tercedera panjang.

Walaupun sempat pulih semasa kempen Piala Malaysia sedang berjalan dan menunjukkan keghairahan untuk kembali ke tahap tertinggi, dia tidak mampu membantu Gergasi Merah melepasi peringkat suku akhir, malah kempen Piala AFF 2020 Harimau Malaya yang disertainya selepas itu sekadar tamat di peringkat kumpulan tanpa Shahrel dapat menghasilkan jaringan.

Atas dasar ini, dia membuat keputusan untuk meninggalkan nombor jersi 10 yang digunakannya apabila menyertai Selangor, untuk kembali menggunakan nombor 19 yang digemarinya.

“Musim baharu ini sudah tentu azam pemain juga akan baharu dan situasi saya juga sama yang mana mahu membantu pasukan memperoleh keputusan positif untuk dihadiahkan kepada peminat Selangor.

“Mengenai keputusan untuk menukar jersi, saya anggap tiada rezeki buat saya menyarung nombor 10 musim ini kerana mahu kembali menggunakan nombor 19 yang lebih memberikan tuah dan sebati dengan jiwa saya,” jelas pemain yang turut dikenali penyokong sebagai ‘Eky’ ini.

Nombor 10 ini kemudiannya digunapakai oleh pemain serangan yang baru menyertai pasukan musim ini, Herlison Caion.

Walaupun pertukaran ini mungkin hanya berdasarkan minat peribadi, niat Shahrel Fikri mahu nasib yang lebih baik mungkin berkesan. Ahad lalu, dalam perlawanan persahabatan menentang Kelantan FC, dia menghasilkan sebuah gol cantik untuk membantu Gergasi Merah mencatat kemenangan ‘comeback’ 3-1.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.