Siapa Kami?

Laman Merah Kuning 24/7 ditubuhkan oleh peminat-peminat Selangor FC yang dahagakan perkembangan terbaru kelab ini, dalam era di mana organisasi-organisasi media negara tidak lagi dapat memberi liputan secara khusus terhadap banyak topik, apatah lagi pasukan-pasukan bolasepak Malaysia. Lantas ia ditubuhkan dengan tujuan menerbitkan dan mengumpulkan berita-berita terbaru Selangor, untuk tatapan golongan fanatik Merah Kuning sendiri.

Walaupun laman-laman media sosial semakin popular sebagai medium utama penyebaran maklumat bolasepak profesional zaman ini, kami percaya yang penerbitan berteraskan penulisan masih ada tempat dalam lingkungan peminat bolasepak Malaysia, apatah lagi ia merupakan saluran yang terbaik bagi penyebaran maklumat yang terperinci, mendalam dan bernuansa.

Laman Facebook kami. Alamat e-mel kami: editor@merahkuning247.com

Dana

Buat masa ini Merah Kuning 24/7 beroperasi dengan dana sendiri dan niat kami pun hanya mahu menjalankan operasi tanpa ‘paywall’ secara kos rendah. Namun kami ada membuka ruang sumbangan, jadi kami amat hargai jika peminat-peminat Gergasi Merah dapat menyokong kami dari segi kewangan. Sudah pasti ia akan lebih menggalakkan kami untuk menulis dan membuat liputan terhadap pasukan kesayangan kita semua.

Buat masa ini, ‘Buy Me A Coffee’ merupakan satu-satunya sahaja saluran yang kami ada, dan dalam matawang USD (USD1 bersamaan lebih kurang RM4). Kami akan membuka saluran lain pada masa akan datang supaya dapat lebih menyenangkan pembaca-pembaca laman ini membantu operasi kami.

Beri sumbangan anda di sini!

Penulis

Zulhilmi Zainal mempunyai pengalaman lapan tahun bertugas sebagai wartawan Goal, membuat liputan bolasepak Malaysia, pasukan kebangsaan, dan majoriti tempoh ini telah ditumpukan kepada pasukan Merah Kuning. Dia juga pernah membuat liputan Kejuaraan B-16 AFC 2018, Kejuaraan B-19 AFC 2018 dan beberapa edisi Kejuaraan AFF, di samping membuat penampilan dalam rancangan-rancangan bual bicara bolasepak di stesen RTM, TV3 dan Astro Arena. Walaupun dia kelihatan muda remaja, Zulhilmi pernah menonton Selangor bermain di Stadium Merdeka. Twitter, Instagram.