Sikh Izhan jalani percubaan

Selepas Mongolia, Sikh Izhan ke Eropah pula

Menurut laporan Bernama, penjaga gol muda Selangor FC Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman jalani percubaan di Eropah pula selepas selesai tugas dengan skuad kebangsaan B-23 dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Ulaanbaatar, Mongolia minggu depan.

Kredit foto Konfederasi Bolasepak Asia

Izhan merupakan salah seorang dari lapan pemain-pemain muda Gergasi Merah yang dipilih membantu Harimau Muda dalam saingan ini minggu depan, dan selepas itu dia bakal menjalani ujian percubaan bersama kelab La Liga Dua Sepanyol, CF Fuenlabrada pada 10 November.

“Soal kontrak atau pinjaman ke kelab Sepanyol itu tidak dapat saya pastikan lagi, setahu saya sekadar latihan percubaan sahaja.

“Jika diberi peluang saya sudah 100 peratus bersedia untuk pergi bermain di tempat lain… Liga Malaysia sememangnya saingan yang bagus namun saya mahu pengalaman dan ilmu yang lebih baik di luar,” jelas graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini.

Anak Pulau Pinang ini terlebih dahulu dilaporkan mendapat peluang untuk mencari tempat di Eropah dua bulan lalu, namun kemudian diputuskan yang Sikh Izhan jalani percubaan selepas selesai tugas dengan pasukan muda kebangsaan di Mongolia.

Dia merupakan penjaga gol utama pasukan simpanan, Selangor 2 di Liga Premier sejak menyertai Merah Kuning musim lalu, dan mendapat satu-satunya penampilan dengan pasukan utama dalam Liga Super dalam perlawanan menentang Kedah DA musim ini.

Skuad Harimau Muda yang dibimbing jurulatih dari Australia, Brad Maloney akan bersaing dalam Kumpulan J peringkat kelayakan Piala Asia B-23 2022. Mereka akan bertemu Laos pada 25 Oktober, tuan rumah peringkat kumpulan Mongolia pada 28 Oktober, dan menamatkan saingan dengan bertemu jaguh serantau Thailand tiga hari kemudiannya. Juara-juara kumpulan akan layak secara automatik, diiringi empat pasukan tempat kedua terbaik dan tuan rumah peringkat akhir, Uzbekistan.

Selain, Izhan, tujuh lagi bintang-bintang muda yang turut dipilih adalah Mukhairi Ajmal Mahadi, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Azrin Afiq, Faiz Amer, Fahmi Daniel dan Saravanan Thirumurugan. Pemain Selangor yang dipinjamkan ke Penang FC, Quentin Cheng turut terpilih. Kualiti kepimpinan bintang-bintang muda Merah Kuning juga ditagih, dengan Mukhairi dilantik sebagai ketua pasukan, dan Harith dan Zikri sebagai pembantunya.

Ini cara anda dapat bantu kami bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.