Suku akhir Liga FAS

Suku akhir Liga FAS dimainkan, aksi minggu kedua WSL berlangsung

Aksi liga-liga Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) bersambung hujung minggu lalu, dengan aksi empat divisyen bahagian lelaki dan satu bagi Liga Super Wanita (WSL) dilangsungkan. Antara aksi-aksi menarik adalah saingan suku akhir liga FAS bahagian lelaki dan minggu kedua WSL.

Kredit foto FAS

Saingan suku akhir lelaki dalam divisyen Super, Perdana dan Bahagian 1 menyaksikan ketiga-tiga pasukan muda Selangor FC terkandas di peringkat ini.

Selain dari suku akhir Liga FAS dalam tiga divisyen teratas, enam perlawanan berlangsung bagi divisyen Joma, dalam Kumpulan A dan B.

Pendahulu Kumpulan A SA Bujangga mengekalkan tempat mereka setelah membelasah Klasiko FC 5-1, manakala KRU FC memenangi takhta Kumpulan B dengan rekod sempurna menang kesemua enam perlawanan, melalui kemenangan terbaru 7-1 ke atas Birchwood Junior. SA Bujangga yang tidak akan bermain dalam minggu terakhir masih boleh dicabar Tebuan FC yang hanya ketinggalan tiga mata, manakala pasukan empat teratas Kumpulan A yang akan layak ke suku akhir sudah pun disahkan. Dalam Kumpulan B, dua baki slot suku akhir akan direbut tiga pasukan dalam minggu terakhir.

Liga WSL pula berjalan pada malam Isnin, 6 Disember dan menyaksikan kemunculan pasukan wanita bagi kelab profesional, Negeri Sembilan FC yang tidak beraksi dalam minggu pertama.

Dalam Kumpulan A, First 11 bangkit dari kekalahan minggu pembukaan untuk membenam Radia Ladies 10-0, manakala UiTM FC, sebuah lagi pasukan wanita bagi kelab profesional liga Malaysia, ditewaskan FC SWAT 2-1.

Dalam aksi julung-julung kali mereka dalam WSL, Negeri Sembilan bermula dengan langkah kanan apabila menundukkan SA United 3-0 manakala MBSJ FC mengekalkan rentak cemerlang dengan menewaskan Leopard FC juga dengan jumlah jaringan yang sama.

Aksi peringkat seterusnya bagi liga lelaki divisyen Super, Perdana dan Bahagian 1 dijangka akan berlangsung hujung minggu akan datang, manakala minggu terakhir peringkat kumpulan bagi divisyen Joma dan minggu ketiga WSL dijadualkan akan dimainkan awal minggu depan.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.