Syahir Bashah mahu lonjakkan

Syahir mahu lonjakkan kerjayanya

Menjelang musim 2022, Selangor FC telah menandatangani beberapa pemain berkualiti dan berpotensi, dari dalam dan luar negara. Salah seorang dari mereka adalah pemain tengah berusia 20 tahun dari Perak FC. Syahir Bashah mahu lonjakkan kerjayanya setelah berhijrah menyertai Gergasi Merah bagi musim ini.

Kredit foto Selangor FC

Syahir berkata kepada wartawan The Star T. Avineshwaran yang dia berhasrat mahu mencapai tahap seterusnya di tempat baru.

“Saya telah berada di Ipoh sepanjang hidup saya. Saya perlu mempertimbangkan dengan teliti sebelum menandatangani kontrak tetapi akhirnya, ia adalah keputusan yang pasti lebih baik untuk masa depan saya.

“Saya kini berada di Shah Alam. Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan yang bercita-cita tinggi ini, dan pada masa yang sama, seronok dapat bertemu dengan bekas senior saya di Perak FC – Norhakim Hassan (pemain sayap) dan Shahrel Fikri (penyerang),” jelasnya.

Namun berkhidmat dengan majikan baru membawa tanggungjawab baru, dan dari awal-awal lagi ketua jurulatih pasukan utama Selangor FC, Michael Feichtenbeiner mahu Syahir beralih ke posisi lain.

“‘Coach’ Michael memberitahu saya untuk segera menyesuaikan diri dengan persekitaran kelab dan bersedia dengan gaya permainannya, yang menekankan transisi pantas dari pertahanan kepada serangan,” kata Syahir.

“Saya berhasrat untuk membawa impak segera dan saya menerima saja peranan baru saya sebagai ‘flanker’.”

Sepanjang musim lalu dia telah beraksi dalam sembilan perlawanan Liga Super Malaysia buat Perak FC, termasuk berdepan Selangor. Namun tahun 2021 merupakan musim suram buat Seladang yang tersingkir buat kali pertama dalam sejarah Liga Super.

Selain Syahir Bashah yang mahu lonjakkan kerjayanya, Gergasi Merah telah mendatangkan ramai lagi pemain tempatan baru seperti pertahanan kiri Fazly Mazlan, pemain tengah Zahril Zabri dan penjaga gol Sam Somerville. Pemain import baru pula adalah penyerang dari Brazil Herlison Caion, dan pasangan pasukan kebangsaan Yazan Al-Arab dan Baha’ Abdel-Rahman.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.