Syahmi Safari ucap selamat tinggal

Syahmi Safari beri ucapan selamat tinggal

Setelah diumumkan secara rasmi oleh Selangor FC minggu lalu, ia akhirnya mendapat pengesahan seterusnya dari tuan punya badan sendiri. Pertahanan kanan, Syahmi Safari ucap selamat tinggal kepada Gergasi Merah dan semua penyokong.

Kredit foto Selangor FC

Menurut penjelasan CEO kelab, Johan Kamal Hamidon minggu lalu, pemain berusia 23 tahun ini menamatkan kontraknya awal dua tahun dengan nilai tebusan yang dianggap berbaloi oleh kelab, walaupun nilai ini tidak didedahkan secara rasmi.

Muncul dalam peringkat senior buat kali pertama pada musim 2017 pada usia 19 tahun (terima kasih kepada usaha bekas jurulatih pasukan muda dan pasukan utama P. Maniam), Syahmi meledak menerusi reputasi ‘utility player’ yang gemar menyerang di sayap kanan dan ada kemampuan menjaringkan gol. Penampilan dengan Selangor kemudiannya menghadirkan penampilan dengan pasukan kebangsaan Malaysia di peringkat muda dan senior.

Dia menamatkan tempoh khidmat ini pada jumlah 113 perlawanan bersama pasukan utama Gergasi Merah.

Pada hari Rabu, 1 Disember, Syahmi Safari ucap selamat tinggal kepada Gergasi Merah dan semua penyokong melalui laman Instagram beliau.

“Assalammualaikum. Terima kasih Selangor untuk segalanya. Disember 2015 – 30 November 2021. Terima kasih juga kepada penyokong Selangor yg memberikan kata-kata positif pada saya. Saya percaya pada rezeki yang Allah berikan kepada saya dan perancangan Allah itu yang terbaik.

Dengan rendah diri saya minta maaf jika ada salah silap kepada semua. Yang baik semuanya datang dari Allah, segala kekurangan datang dari diri saya sendiri. Terima kasih.”

Belum diketahui ke mana destinasi seterusnya Syahmi, tetapi dia diura-urakan bakal ke selatan semenanjung Malaysia.

Bagi Gergasi Merah pula, kekosongan posisi yang ditinggalkan dijangka bakal diisi pemain kacukan Malaysia-Australia Quentin Cheng, yang dibawa pulang dari Penang FC. Beraksi sebagai pemain pinjaman bagi Harimau Kumbang, Quentin menampilkan prestasi cemerlang untuk membantu mereka menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super, sebelum membantu pasukan Malaysia bawah umur pula layak ke peringkat akhir Piala Asia B-23 dan melakukan ‘debut’ dengan Harimau Malaya.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.