Tengku Zafrul

Tengku Zafrul kunjungi pusat latihan Selangor

Bekas menteri kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat berkunjung ke Pusat Latihan FAS, Shah Alam pada hari Ahad 22 Ogos.

Menurut muatnaik di akaun-akaun media sosial beliau, Tengku Zafrul menyatakan yang dia berada di sana untuk menyerahkan sumbangan makanan buat Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan Selangor Youth Community (SAY).

Dalam gambar-gambar kunjungan itu, beliau dilihat diberi lawatan oleh pengerusi Selangor FC dan Raja Muda Selangor sendiri, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin. Tengku Zafrul dibawa meneliti kemudahan-kemudahan pasukan seperti bilik persalinan, padang latihan, ruang santai, dan juga pusat fisioterapi baru kelab.

Dia kagum dengan kemudahan-kemudahan yang digunakan Gergasi Merah.

“Walaupun belum siap sepenuhnya, terdapat banyak kelengkapan baru yang telah disempurnakan seperti changing room, pusat fisioterapi dan gimnasium yang juga akan dibuka kepada orang ramai. I’m impressed with the vision of His Royal Highness.

“Saya pasti ramai penyokong Red Giants juga mempunyai impian serupa, ingin menyaksikan pasukan kesayangan kembali bertakhta di persada liga.”

Di samping itu, beliau juga sempat mengisahkan pengalamannya menonton perlawanan-perlawanan Selangor pada zaman mudanya.

“Teringat pula zaman muda-muda dulu, saya kerap juga ke Stadium Merdeka dan selepas itu Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan Selangor. Suasananya memang jauh berbeza dari menonton di TV. Cannot be compared at all. Dah lama tak tengok match live, mungkin boleh start semula bila stadium dibuka semula.

“Saya harap kita semua akan dapat kembali menonton bola secara live tidak lama lagi, apabila kita berjaya membawa keluar Malaysia dari belenggu COVID-19, InsyaAllah.”

Mungkin ia hanya satu kebetulan, tetapi kabinet dan kerajaan Malaysia sebelum ini yang dianggotai Tengku Zafrul sebagai salah seorang menteri baru sahaja tumbang minggu lalu, dan digantikan dengan kerajaan baru. Belum dapat dipastikan sama ada kerajaan baru akan melantik beliau semula.

Sebelum dapat ‘job’ baru, elok juga kalau Tengku luangkan masa dengan keluarga dan layan perlawanan-perlawanan Selangor FC!

Baca juga: Masa depan Merah Kuning ada di Stadium MBPJ, bukan Stadium Shah Alam

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.