Tim Heubach umumkan persaraan

Tim Heubach umum gantung but

Setelah mengumumkan perpisahan awal dengan Selangor FC minggu lalu, pemain pertahanan dari Jerman Tim Heubach umumkan persaraan beliau dari lapangan bolasepak.

Kredit foto Selangor FC

Pemain berusia 33 tahun ini menyatakan keputusan ini melalui laman Instagram beliau pada Isnin, 3 Januari.

“Tahun baru, nasib baru! Bagi saya, ia membawa maksud episod baru dalam hidup. Selepas 11 tahun beraksi secara profesional, tahun ini saya akan menumpukan perhatian kepada usaha di luar padang pula.

“Terima kasih saya ucapkan kepada orang rumah, keluarga dan sahabat, jurulatih-jurulatih, rakan-rakan sepasukan dan staf di kelab-kelab yang pernah memberikan saya peluang beraksi.

“Ia pengalaman yang mengujakan di atas dan di luar padang. Danke für allesThank you for everythingתודה על הכל – Terima kasih buat semua.”

Memulakan kerjaya profesionalnya dengan Borussia Mönchengladbach dalam divisyen dua Jerman, dia kemudiannya beraksi untuk FSV Frankfurt dan FC Kaiserslautern, juga dalam liga yang sama. Dia kemudiannya berhijrah ke Israel, menyertai Maccabi Netanya selama tiga musim sebelum menyertai Selangor bagi musim 2021 bersama dua orang lagi pemain dari Eropah, Oliver Buff dan Manuel Konrad.

Namun Tim hanya dapat beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Super Malaysia sebelum dibelenggu kecederaan panjang. Setelah musim tamat dengan mengecewakan kepada Gergasi Merah, dia, Oliver dan Manuel meninggalkan pasukan.

Pemergian Tim Heubach umumkan persaraan bermakna pasukan utama Selangor masih ada satu slot pemain import untuk diisi bagi musim 2022 yang akan bermula.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.