Yazan Al-Arab diumum Selangor FC

Yazan Al-Arab diumumkan Selangor

Setelah terlebih dahulu dilakukan oleh tuan punya badan, pada Sabtu, 18 Disember pemain antarabangsa Jordan, Yazan Al-Arab diumum Selangor FC sebagai pemain baru mereka bagi musim 2022.

Kredit foto Selangor FC

Pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun ini sebelum itu telah mengumumkan di laman Instagramnya yang dia akan menyertai Gergasi Merah selama semusim, dan kelab kemudiannya mengesahkan penyertaan Yazan secara rasmi.

Pengarah sukan dan ketua jurulatih pasukan utama kelab, Michael Feichtenbeiner menjelaskan mengapa Yazan memikat minatnya.

“Saya lihat perlawanannya bersama pasukan Jordan pada bulan Oktober dan sangat kagum dengan prestasinya. Dari situ, kami (barisan kejurulatihan Selangor) memerhatinya dengan sangat dekat dan kami memulakan perbualan secara peribadi sehingga perjanjian ditandatangani olehnya.

“Yazan telah bermain dalam bola sepak peringkat tertinggi bersama kelab dan pasukan kebangsaannya. Beliau mempunyai fizikal yang kuat dan sangat bagus di udara.

“Beliau seorang bek tengah dengan kekuatan kaki kiri dan ini dilihat mampu menambah kekuatan barisan pertahanan tengah yang kebanyakan lebih dominan dengan kaki kanan. Beliau akan menjadi watak baharu yang menarik dalam pasukan ini,” jelas pengendali dari Jerman ini seperti yang dipetik dari laman sesawang kelab.

Pemain Jordan ini pula mahu segera menunjukkan kebolehan beliau.

“Saya teruja nak berjumpa dengan semua termasuklah penyokong Selangor. Saya akan bekerja keras untuk membantu Selangor dalam memberi cabaran musim hadapan untuk meletakkan nama Selangor kembali sebagai pencabar kejuaraan.”

Menurut pengumuman kelab, Yazan telah membuat 24 penampilan rasmi dengan Jordan, termasuklah tiga perlawanan baru-baru ini dalam edisi kesepuluh Piala Arab, di mana mereka berjaya pergi sejauh peringkat suku akhir sebelum ditumpaskan Mesir 3-1. Di samping itu, Yazan juga sebelum itu beraksi dalam peringkat kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Dalam peringkat kelab, pada tahun 2021 dia beraksi untuk pasukan bolasepak Al-Wehdat dalam Liga Profesional Jordan, dan dia membantu Al-Wehdat dalam peringkat kumpulan Piala AFC, sebelum tamat saingan liga di tempat kedua.

Setelah Yazan Al-Arab diumum Selangor, dikhabarkan yang seorang lagi pemain kebangsaan Jordan, Baha’ Abdel-Rahman, 34 tahun akan diumumkan turut menyertai Gergasi Merah dalam tempoh beberapa hari ini.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.