Yazan Al-Arab mahu

Yazan mahu segera sesuaikan diri

Pemain baru Selangor FC, Yazan Al-Arab mahu segera sesuaikan diri setelah hadir sebagai anggota pasukan utama bagi musim 2022. Beliau menyatakan sedemikian dalam Hari Jersi Selangor 2022 Ahad lalu, seperti yang dipetik dari Harian Metro.

Kredit foto Facebook Yazan al-Arab

‘Centre back’ pasukan kebangsaan Jordan berusia 25 tahun ini telah didatangkan bersama-sama kapten pasukan itu, Baha’ Abdel-Rahman dan mereka berdua telah disambut meriah dalam majlis bersama-sama penyokong yang dilakukan tempoh hari.

Ketika ditemu ramah, Yazan menyatakan yang dia tidak menjangkakan masalah untuk tiba ke puncak prestasi bersama kelab barunya.

“Saya sedar mengenai pemain import musim lalu tetapi mungkin tidak akan berdepan masalah untuk menyesuaikan diri di sini kerana saya pun beraksi dalam liga di Asia.

“Situasi padang, suasana dan cuaca tidak seharusnya menjadi isu kerana tidak ada jurang yang ketara antara di sana dengan di sini. Saya akan memberikan yang terbaik buat pasukan,” katanya.

Selain Yazan Al-Arab mahu beraksi baik, dia juga menambah yang liga Malaysia mempunyai kualiti, yang merupakan salah satu sebab dia menyertai Gergasi Merah bagi musim ini.

“Ini satu cabaran baharu buat saya dan saya juga mahu memberikan sesuatu untuk dibanggakan oleh penyokong Selangor FC. Salah satu sebab saya ke sini adalah untuk mengubah persepsi pemain dari tempat saya mengenai Liga M.

“Saya menerima banyak tawaran daripada kelab di sana. Tetapi mungkin (penyertaan saya di Liga M) akan membuka lebih banyak peluang kepada pemain Timur Tengah untuk datang ke sini,” ujar pemain yang baru-baru ini telah beraksi dalam Piala Arab.

Pasukan utama Selangor yang beraksi dalam Liga Super Malaysia ada satu lagi slot pemain asing untuk diisi, dan menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) kelab Johan Kamal Hamidon yang bercakap dalam majlis yang sama, seorang penyerang dari Brazil akan didatangkan walaupun identitinya tidak didedahkan secara rasmi.

Ingin bantu Merah Kuning 24/7 bawakan lebih banyak kandungan dan berita terbaru Selangor FC? Ini caranya.

Previous Article
Next Article

Leave a Reply

Your email address will not be published.